UKRC LogoUlu Kelang Recreation Club
homeoffhome homeoffhome homeoffhome homeoffhome homeoffhome homeoffhome homeoffhome
News
11 Oct 2011
UKRC unhappy with delay in amending land status
27 Sep 2011
UKRC and residents still waiting for a hearing on land title
27 Sep 2011
Albatross fly high
 

More News

Gallery

10 Sep 2011
UKRC-astro International Soccer 9's 2011

10 Oct 2010
UKRC-astro International Soccer 9's 2010

14 Aug 2010
Friendly game with Seremban Veterans FC

  More Gallery
Soccer Academy

Join UKRC Soccer Academy
 
NEWS

Kurnia Kwarta FC lakar kejutan

Selasa, 2 September 2008
Kosmo! - Sukan

PASUKAN Kurnia Kwarta FC mencipta kejutan apabila merangkul gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sepasukan Antarabangsa UKRC-astro VII yang berlangsung di padang UKRC, Hulu Klang.

CHOONG KAY (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan Kurnia Kwarta FC selaku juara Kejohanan Sembilan Sepasukan Antarabangsa UKRC-astro VII.

Kelab dari Indonesia itu dinobatkan juara selepas menewaskan Kelab Rekreasi Cina Taiping 1-0 pada perlawanan akhir kelmarin.

Dengan kemenangan itu Kurnia Kwarta FC menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta pingat dan trofi.

Manakala naib juara, Kelab Rekreasi Cina Taiping menerima wang tunai RM500.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh UKRC dan Kelab Melaka.

Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan itu termasuk Pertamina FC dari Indonesia, Prince of Songkla University (Thailand), Kelab Bola Sepak Korea, Kelab Rekreasi Singapura (Singapura), Persatuan Pengadil Bola Sepak Singapura (Singapura), Kelab Sukan Penang, Kelab Bola Sepak Melodi Jaya Johor dan Kelab Diraja Selangor.

Sementara itu, pasukan Kelab Diraja Selangor yang memburu gelaran kedua gagal mempertahankan gelaran setelah tersingkir pada pusingan kedua.

Pada majlis penutupan, Mohd. Saad Othman dari Kelab Rekreasi Cina Taiping diumumkan sebagai penjaring terbanyak setelah meledak enam gol diikuti penjaga gol terbaik yang menjadi milik Azizi Saaid juga dari Kelab Cina Taiping.

Pengerusi penganjur yang juga Presiden UKRC, Andrew Gopal (gambar kecil) berkata, sambutan daripada pasukan yang menyertai amat mengalakan.

"Kejohanan ini mencapai matlamat mengeratkan hubungan persaudaraan antara pemain dan pegawai yang terlibat," katanya.

Andrew berkata, tiga pasukan dari Hong Kong, Brunei dan Australia telah mengesahkan penyertaan untuk kejohanan tahun depan.

Katanya, dia menghargai sumbangan penaja daripada Astro, Aspen Holiday, Nufa Advertising, Hup Huat Motor dan banyak lagi yang membantu menjayakan kejohanan ini.

Majlis pembukaan kejohanan yang berlangsung setiap tahun itu disempurnakan oleh Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

Semua hadiah disampaikan Pengurus Jabatan Sukan Astro, Lee Choong Kay.

Untuk rekod, Dewan Bandaraya Ipoh muncul juara edisi 2001, Kelab Kulim Kedah (2002), Jollilads FC Singapura (2003), Bharat FC Singapura (2004), Kelab Bola Sepak Garden (2005) dan Kelab Diraja Selangor (2006 dan 2007).

Other News..